Hari ni hujan lagi..tak meniaga lagi la aku..bukan rezeki nak meniaga hari ni...aku dah delete page fb & instagram untuk meniaga online..kenapa aku delete? Akaun tu bukan aku yang buat..akaun tu di buat masa kami sedang bercinta..masa tu aku plan untuk jadikan perniagaan online sebagai sumber pendapatan..bila dah berkahwin nanti senang..aku boleh jaga anak dekat rumah sambil buat duit..tapi bila dah tak ada apa-apa ni aku buat keputusan utuk delete je akaun tu supaya tak jadi masalah nanti...sekarang ni aku fokus dekat perniagaan air & open oder makanan..syukur la aku duduk dekat kampung..tak ada la banyak sgt kos yang keluar..apa pon yang jadi hidup mesti di teruskan..
7 Nov 2016
1 Ogo 2016
cabaran semalam
assalammualaikum....
dalam masa sebulan ni memang hujan je hari2..dah 2 bulan aku cuti meniaga..yela kan, meniga air..sape yang nak beli air sejuk musim hujan?semalam baru aku mula meniaga selepas 2 bulan cuti..nak di jadikan cerita..masa aku mula meniaga tu hari punya la panas..memang ramai la yang datang untuk membeli..maklumlah dah lama diorang tak merasa air yang aku jual...tengah sedap2 meniaga, tiba2 hari mendung..aku dah fikir nak tutup je, tapi ada lagi orang datang..dengan dah mula ada angin, kawan aku siap cakap dekat adik yang nak beli air tu "dik, kalau goyang2 khemah ni tolong pegang tau"...lepas je budak tu balik, angin dah mula kencang dah, hujan pun dah turun, dengan petir lagi masa tu..aku dengan kawan aku pun apa lagi pegang la khemah tu..sayang kalau terbang..kitorang dah basah kuyup dah dekat bawah khemah..flavour kitorang pon dah berenang-renang dalam air hujan tu...akhirnya, tak dapat jugak kiotorang nak selamatkan khemah tu..khemah kitorang patah..hujan masih lagi tak berhenti masa tu..khemah pon dah patah, aku pun apa lagi..baik kemas..dah alang2 basah kan..kitorang pun mengemas dalam hujan..macam dalam filem hindustan..balik rumah dengan basah2, tadah telinga kena bebel dengan mak masing2..tapi nasib baik, tak payah nak beli khemah baru..alhamdulillah kitorang selamat, tak kena hempap dahan pokok ke apa
25 Jul 2016
assalammualaikum...
hari2 berlalu seperti biasa..tak ada yang berubah..cuma aku masih keliru..keliru dengan semua yang dah jadi..aku jadi letih, banyak habiskan masa dengan tidur..bukan sebab aku masih tak boleh terima kenyataan, aku cuma letih..macam-macam perangai manusia yang aku jumpa..mungkin itu yang membuatkan aku jadi letih..mungkin itu yang membuatkan aku jadi muak..aku memilih untuk habiskan masa sendiri..utamakan diri sendiri..
13 Jul 2016
assalammualaikum...
aku masih teringat kt dia..rindu..itu yang aku rasa sekarang ni..tiap kali aku teringat apa yg dia dah buat, aku jadi sedih..mungkin sesiapa yang pernah d khianati akan faham apa yang aku rasa..bukan sebab dia curang yang buat aku sedih..kata-kata dia yang buat hati aku terluka..aku tak sangka dia boleh jadi kejam macam tu sekali..dia burukkan aku depan perempuan tu..dia cakap dengan mak dia aku cuba nak rosakkan hubungan dia dengan perempuan tu..aku tak pernah jumpa lelaki yang perangai seteruk dia..biar la dia pergi..masa akan buat aku lupakan dia
2 Jul 2016
hati
assalammualaikum....
sebulan lebih dh berlalu sejak aku begelar single..dalam hati aku masih ada rindu pada dia..mungkin sebab aku ikhlas sayangkan dia..apa pon keburukkan dia aku boleh terima..aku paksa diri aku untuk benci dia..aku paksa diri aku untuk ingat semua benda buruk yang dia dah buat..tapi aku tak dapat nak benci dia..aku tahu, aku kena terima yang dia bukan jodoh aku..memang betul ke rasa sayang tu boleh di buang begitu cepat?? dia tinggalkan aku sebab dia sayang perempuan yang dia baru kenal tak sampai sebulan..kalau rasa sayang tu boleh di buang begitu cepat, kenapa aku tak boleh buang rasa sayang aku pada dia walaupun dia dah buat semua bnda tu...
28 Jun 2016
tak akan habis
assalammualaikum...
rutin harian aku, bukak kedai dan check ape order harini..walaupon tak banyak tapi aku bersyukur dengan rezeki yg Allah bg..baru 2 bulan aku bukak perniagaan ni, memang banyak dugaannya..aku tak boleh mengalah..aku perlu usaha untuk majukan perniagaan aku ni..aku perlu buktikan yang aku memang boleh berjaya wlaupon dia tak ada..kalau dia ada pon, bukannya dia support apa yang aku buat..aku punya la fikir pasal masa depan kami..dia pulak dok fikir masa depan dia dgn orang lain..sakit memang sakit..tapi sakit tu yang akan buat aku kuat..aku masih lagi ingat dekat dia..orang kata masa akan ubat semua luka, masa juga yang akan buat aku lupa pada dia..sekarang ni fokus pada diri sendiri dan family..jodoh tu akan datang jugak nanti bila aku dah betol-betol bersedia...
27 Jun 2016
hujan...
assalammualaikum..
sekarang ni dh tinggal brape hari je nk abes puasa..puasa aku tahun ni penuh dgn dugaan..org yg aku percaya, khianati aku..syg yg aku bg kt die x cukup utk buat die stay dlm hidup aku..die curang..die yg kononnya pernah rasa d khianati, buat bnda yg sama kt aku..manusia mmg cepat berubah..aku terkilan sbb aku x tau apa yg buatkn hubungan kami jd mcm ni..alasan2 bodoh spt "suruh mak n ayah awk carikn jodoh utk awk", "sy x suka relationship jarak jauh, & "sy nk ada org yg ada kt dpn mata sy" tak cukup utk puaskan hati aku..die tinggalkan aku masa aku tengah berhempas pulas mulakan perniagaan aku..dia tinggalkan aku masa aku tgh susah..aku selalu ada utk bg sokongan kt die..tp bila aku perlukan semua tu, die tinggalkan aku..pada mulanya mmg aku x boleh terima..tapi sekarang ni aku redha..aku cuma boleh bersangka baik & serahkan semuanya pada Allah..die pon dh ckp "sy xkn balik kt awk"..die buat aku mcm patung yg xde prasaan..one day die akan rasa apa yg aku rasa
14 Mei 2016
apa yang kau nak...
assalammualaikum...
dah lame aku tak update blog ni..tak ada cerita yang menarik..lepas je habis belajar aku tak dapat kerja kat mana-mana...mujurlah masa tu pak cik aku nak bagi aku kerja..mula-mula aku cuma tolong dia meniaga jamu dekat sebuah pasar raya yang agak terkenal...tapi rezeki kami tak ada dekat situ..kedai baru bukak dalam 2 minggu dah kena tutup...tak balik modal katanya..sewa RM 6,000 sebulan tapi jualan tak seberapa..tanam anggur lagi la aku..
2 minggu daripada hari tu aku dan kawn aku merancang untuk jual air dekat tepi jalan..rancangan kitorang berjaya..tapi duduk dekat kampung, jualan pon cukup-cukup untuk buat belanja dan ambil stock baru...2 bulan kami meniaga, pak cik aku datang minta kami kerja di kedai dia..sambil-sambil tu boleh la kami jual air..peluang tu kami ambil..sekarang ni kami buat 2 kerja dalam satu masa...memang susah nak mencari duit..aku memang tak pernah merunggut..
aku berusaha kumpul duit untuk tolong keluarga aku..aku pon dah lama tak jumpa si kerdil..8 bulan dah..bukan aku tak rindu, bukan aku tak sedih..kalau boleh aku nak jumpa dia sekarang jugak tapi aku tak boleh..aku pelik kenapa dia tak boleh faham..kalau aku tak boleh jumpa dia, dia tak boleh datang jumpa aku ke??aku seorang perempuan ni yang kena datang menghadap dia yang seorang lelaki...
kalau dia dah tak sayang kat aku, kenapa dia tak cakap terus terang.."kalau ada orang datang minang awak, terima la..jangan tunggu saya"...apa yang kau nak sebenarnya??kalau tak ada orang yang minang macam mana??aku nak tunggu kau ke??atau kau nak aku main kayu tiga??couple dengan kau & pada masa yang sama couple dengan orang lain??kau tak suka hubungan jarak jauh..abes kau ingat aku suka??kau memang pentingkan diri sendiri..kau tak nak bekorban sikit pon..apa lagi yang kau nak aku korbankan untuk kau??tak boleh ke untuk kali ni, kau bekorban untuk aku??
20 Dis 2015
Dec, 20
assalammualaikum....
bila ada aku x puas hati dengan sesuatu or seseorang mak akan ckp " bia org buat kite..jgn nk berdendam/balas2..sbb what goes around comes around"
sebab kata2 mak tu la aku belajar untuk jd org yg sabar,
aku x tahu mcm mana mak boleh sabar mcm tu sekali..
kalau aku lah memang dah lama dah ade periuk yg terbang..
ya..aku tahu dia tu ahli keluarga aku jgk..tapi PHD dalam hati dia tu terlalu tebal..
bila di pikir2 jadi sakit hati la pulak..
29 Nov 2015
NOV, 29
Assalammualaikum..
pernah x korang rasa perasaan ni?
ada bf tapi macam tak ada bf..
pada hakikatnya, aku tahu aku ada bf..
tp pada masa yg sama aku rasa mcm aku x ada bf..
bukan sbb aku x sayang atau aku dh jumpa orang lain (dlm kata lain aku main kayu 3)
tapi sepanjang 3 tahun ni aku rasa makin hari aku macam orang yg single
aku cuba paham dan bertindak mengikut kemahuan si dia masa kitorang belajar dulu
aku cuba paham bila si dia x nak satu group or x nk duduk sebelah aku masa dlm kelas..
tapi makin hari aku rasa si dia makin x menghargai relationship ni..
bila aku tanya penting tak relationship ni pada dia, si dia pon dgn yakin nya jawab "PENTING"
tapi bila aku ada kat sebelah dia, dia buat macam kitorang ni tak ada relationship langsung
dia lebih suka kejar kawan2 dia (sebab dah lama x jumpa kata nya)..
tp pada masa yang sama dia pon dah lama tak jumpa aku..
aku je yang selalu terlebih seronok nak jumpa dia..
bila aku cuba nak luah kan apa yg aku rasa dia akan tukar topik atau end up tak paham apa yg aku cakap..
dia tak paham apa yang aku cakap atau dia buat2 tak paham..
jadi aku ambek keputusan utk berhenti fikir pasal relationship ni, sebab aku je yang "perasan" aku ni gf orang..
18 Nov 2015
Nov 18, 15
assalammualaikum..
dah lama x menaip
rasa kekok pulak
sebenarnye ada bnyak benda yg nk di ceritakn
tp satu2 la
bermula drpd bln 9 haritu secara rasminya aku jd seorang penanam "anggur" yg berjaya
x cari kerja ke? x cuba mintak tlg kt pak cik & mak cik ke? dh try mohon kt sini? dh try mohon kt situ? p kt sana tu ha, tgh banyak kerja kosong...
soalan2 ni yg selalu dilambakkan kt depan muka aku bila aku jumpa orang2 yang telah bekerjaya..
soalan ini jugak la yg dilambakkan kat depan muka aku bila jumpa mak cik & pak cik yg anak nya dah bekerjaya
dengan muka yang macam tempeh x jadi aku pon jawab la..belom lagi, xde rezeki lagi, dah mohon, macam2 mohon, xde kenderaan nk ulang-alik ke sana
secara jujur nya, aku dah bosan nk menjawab soalan yang sama
tapi dah orang tanya kn, xkn xnk jawab pulak..
ya memang aku xde kerja, tp x bermakna aku x berusaha utk cari kerja
usaha aku untuk cari kerja & buat kerja sambilan dari rumah xkn aku nak canag satu dunia
kau tak berdiri di tempat aku, jadi kau tak akan tau apa yg aku rasa
16 Ogo 2014
^_^
assalammualaikum...
lpas habis LI ni cume dpt cuti sebulan je...
alahai...cuba la bagi cuti lama sikit...
cuti pon x dpt rehat puas2...
nak siap kn repot sume..lepas tu nak kena balik kolej awal sebb ada pembentangan...
leceh la...balik kolej masa sem x bukak lg pulak tu..
tak fikir pasal kebajikan org langsung..
tak kan nak dtg kolej cuma nak buat pembentangan je...
jauh tu Johor dgn KL..
klau dekat xpe la jugak...
baik dengar lagu lagi bagus...
31 Mei 2014
-_-
Assalammualaikum...
hari cuti merupakan hari yg paling membosankan..
nape owg ckp cm tu?
mmg bosan..mcm diri ni single je..
sorang2..xtau nk wt ape..
sume movie dlm hard disk owg dh tngok..
hurm..ape kata klau owg bg 1 fakta tentang diri owg..
owg xsuke dipaksa / dikongkong..kenapa?
someone yg wt cm ni kt owg brmakna die belom 100% kenal owg..
benda ni akan wt owg mnyampah dan meluat..
owg akan mula kurangkan aktiviti dgn someone yg mcm ni..
so, owg xyh la nak rasa sakit hati & org tu pon xyh la nk susah2 memaksa..
24 Mei 2014
@_@
assalammualaikum...
topik hari ni ialah ciri2 lelaki yg bukan idaman..
senang citer ciri2 yg owg x suke la...
klau bleh xnk la ade kt calon suami...hohoho
ermm...jap, kne pikir dulu..
ciri yg pertama ialah ego..bkn nye x bleh nk ego tp ego tu bia berpada..
bile die wt salah or kluar kn kata2 yg mnyakitkan hati die nk owg dgn mudah maafkn die..
tp bile owg salah sikit je die x bleh terima...
ciri yg ke dua ialah pentingkan diri sendiri..kt dlm relationship kne la ade tolak ansur..dua2 kne saling memahami..owg mmg paling pantang bile dgr ayat " bile dh kawen isteri mestila kne ikot suami"..
hey cik abg, sy tau la isteri mmg kne ikot suami..tp klau dh isteri kje jauh dr suami, nk suruh berhenti jgk?..klau isteri tu dh abes daya nk mintak tukar pon x dpt , ape salah nye si suami tu yg mintak tukar ke tempat kje yg lebih dekat dgn isteri..kenapa mesti nk ckp "aku suami, bia la isteri aku yg pindah"?
ciri yg ke tiga ialah menggunakan alasan "sunah nabi" untuk kawen lebih dari satu...nape bile bab yg lain xnk ikot sunah nabi?lelaki cm ni mmg patot dipotong teros je diorang pnye TEEEETTTT......gatat sgt..nk bg nafkah kt bini yg first pon x lepas2, ade hati nk kawen lain..pastu mase nk kawen janji mcm2.."abg akn brlaku adil yunk"...huh!...bile dh kawen batang hidung pon x nmpak..
ciri yg keempat pulak...hurm..kite smbung lain kali laaa...bile owg xde kje nk wt..bye ^_^
17 Mei 2014
after 14th week
assalammualaikum...
selepas 14 minggu LI makin banyak pulak kje owg..
jd terlebih bz dr pkerja tetap dah..
duit tiap2 bln dpt segitu jgk..xde nye nk bertambah..
x sabar nak habis LI ni..
bosan dah..owg rase bile dh kje ti msti owg x kn stay kt satu2 company..
mesti kje nk "melompat" ke sana sini...
hurm..bosan nye..novel sume dh habis baca..bilik pon dh kemas..baju pon dh iron sume..
si kerdil xde..sebok je hari sabtu pon nk kje..mnyampah..
buat je la khemah kt tepi company tu..bia x payah balik terus...
9 Mac 2014
Assalammualaikum..
sejak start LI ni makin rase xde mase utk relationship ni..
skarang yg ade cume p kje, balek kje, p mkn pastu balek tido..
tu je hari2..nk borak2 pnjang cm sblom2 ni pon x smpat..
bile cuti pon jarang spend time sama2..
wktu cuti tu abes cm tu je..makin mbosankan..
mase mula2 tu plan nk p picnik la xpon jln2 bile hujung minggu..tp skarang ni dh jd lain..
dh 2 minggu x p pon picknik bdua..
dok je kt dlm bilik..
it's not interesting anymore...just plain..
sedih la cm ni..xkn sume bnda nk kne ckp..
xkn sume bnde owg yg nk kne ajak..
mcm owg je yg kesah bile xbnyak mase cm ni..
pihak satu lg tu x kesah pon..
besok dh kje..bebel bnyak2 pon x guna...........
5 Feb 2014
******
assalammualaikum..
hati yg dh trluka xkn pulih hanya dgn prkataan "sorry"..
walaupon owg bleh wt mcm biase tp hati tu ttp sakit..
don't say u love someone if u don't,
don't make promises that u cant keep,
don't bother if u never really care,
semua ni cuma akn mnyakitkan hati owg..
jgn ckp something klau x betul2 maksudknnya..
jgn ckp "sy tau ape yg awk rase" & pada masa yg same xtau pon ape yg jadi..
bile owg dh bnyak bcakap & wt mcm biase, sume nye akn balik semula ke asal...
owg pon dh penat..
xkan owg nk merajuk atau bad mood hari2 cuma utk dapat semua tu..
lama2 semua nye akn jd hambar....
3 Feb 2014
..........
assalammualaikum.....
ape yg owg fkir? ape yg owg pendamkn?
patot ke owg bg tau?
kalau owg bg tau, boleh ke terima?
sebelum ni ade jgk yg owg dh ckp...
tapi cuma masuk telinga kanan, keluar telinga kiri....
owg xkn ulang benda yg sama banyak2 kali....
bila owg perlu ulang balik makna nye benda yg owg ckp tu x pnting pon pada yg mndgar....
lebih baik diam & lupa kn je....
tunggu & tgok ape yg jd...
owg mmg hebat dlm bab tunggu2 ni..
someone yg owg slalu letakkn first kt dlm list owg akn letakkn owg last kt dlm list die...
owg kne tunggu tp slalunye they will break my heart...
bila owg luahkn ape yg owg rase, diorg akn bg alasan atau ckp yg diorg dh bg masa yg cukup utk owg tanpa tahu & fikir ape yg owg rase...
the next day, dgn perkataan "sorry" owg akn happy balek bile someone yg owg tunggu tu nk luangkn masa dgn owg..
tapi semua tu kejap je..
in the end diorang akn put someone else first before me........
30 Jan 2014
benci
assalammualaikum...
kate org : bila kita dah trlalu lame pndam kn sesuatu ianya akan jd semakin teruk
tu la yg jd kt owg..
owg sgt benci kt die..
die yg buat owg x pcaya kt lelaki
owg anggap lelaki semua nya same mcm die
klau x same pon tetap akan ade sikit2 sifat die
owg ingat bile dh blajar jauh2 & jarang jumpe akan kurangkan rasa benci tu
tp tu cume mimpi
bile jumpe semula rasa benci tu tetap ada
bile owg dekat dgn die, owg rase die sengaja tunjukkan sikap2 yg owg x suke
makin hari makin mnyakitkan hati
owg cube bersabar..owg cube suka kat die
tp semua tu x cukup untuk lupakan apa yg die dh buat
mimpi
assalammualaikum...
tinggal lebih kurang seminggu lg owg akn balek KL
mlm td owg ade mimpi pasal LI
dlm mimpi tu owg x smpat smpai ke tmpat LI
owg mencari-cari tmpat tu smpai sesat
padahal tempat tu x jauh pon
maybe owg trlalu risau pasal tmpat tu
owg cube x pikir pape..tp mmg otak kita di programkn utk bfikir kn?
mood owg pon x brape baik
owg jd mls nk ckp dgn sape2
owg jd bosan...
Langgan:
Catatan (Atom)

