JellyPages.com

7 Nov 2016

6 bulan

Assalammualaikum...
Hari ni hujan lagi..tak meniaga lagi la aku..bukan rezeki nak meniaga hari ni...aku dah delete page fb & instagram untuk meniaga online..kenapa aku delete? Akaun tu bukan aku yang buat..akaun tu di buat masa kami sedang bercinta..masa tu aku plan untuk jadikan perniagaan online sebagai sumber pendapatan..bila dah berkahwin nanti senang..aku boleh jaga anak dekat rumah sambil buat duit..tapi bila dah tak ada apa-apa ni aku buat keputusan utuk delete je akaun tu supaya tak jadi masalah nanti...sekarang ni aku fokus dekat perniagaan air & open oder makanan..syukur la aku duduk dekat kampung..tak ada la banyak sgt kos yang keluar..apa pon yang jadi hidup mesti di teruskan..

1 Ogo 2016

cabaran semalam

assalammualaikum....
dalam masa sebulan ni memang hujan je hari2..dah 2 bulan aku cuti meniaga..yela kan, meniga air..sape yang nak beli air sejuk musim hujan?semalam baru aku mula meniaga selepas 2 bulan cuti..nak di jadikan cerita..masa aku mula meniaga tu hari punya la panas..memang ramai la yang datang untuk membeli..maklumlah dah lama diorang tak merasa air yang aku jual...tengah sedap2 meniaga, tiba2 hari mendung..aku dah fikir nak tutup je, tapi ada lagi orang datang..dengan dah mula ada angin, kawan aku siap cakap dekat adik yang nak beli air tu "dik, kalau goyang2 khemah ni tolong pegang tau"...lepas je budak tu balik, angin dah mula kencang dah, hujan pun dah turun, dengan petir lagi masa tu..aku dengan kawan aku pun apa lagi pegang la khemah tu..sayang kalau terbang..kitorang dah basah kuyup dah dekat bawah khemah..flavour kitorang pon dah berenang-renang dalam air hujan tu...akhirnya, tak dapat jugak kiotorang nak selamatkan khemah tu..khemah kitorang patah..hujan masih lagi tak berhenti masa tu..khemah pon dah patah, aku pun apa lagi..baik kemas..dah alang2 basah kan..kitorang pun mengemas dalam hujan..macam dalam filem hindustan..balik rumah dengan basah2, tadah telinga kena bebel dengan mak masing2..tapi nasib baik, tak payah nak beli khemah baru..alhamdulillah kitorang selamat, tak kena hempap dahan pokok ke apa

25 Jul 2016

assalammualaikum...
hari2 berlalu seperti biasa..tak ada yang berubah..cuma aku masih keliru..keliru dengan semua yang dah jadi..aku jadi letih, banyak habiskan masa dengan tidur..bukan sebab aku masih tak boleh terima kenyataan, aku cuma letih..macam-macam perangai manusia yang aku jumpa..mungkin itu yang membuatkan aku jadi letih..mungkin itu yang membuatkan aku jadi muak..aku memilih untuk habiskan masa sendiri..utamakan diri sendiri..

13 Jul 2016

assalammualaikum...
aku masih teringat kt dia..rindu..itu yang aku rasa sekarang ni..tiap kali aku teringat apa yg dia dah buat, aku jadi sedih..mungkin sesiapa yang pernah d khianati akan faham apa yang aku rasa..bukan sebab dia curang yang buat aku sedih..kata-kata dia yang buat hati aku terluka..aku tak sangka dia boleh jadi kejam macam tu sekali..dia burukkan aku depan perempuan tu..dia cakap dengan mak dia aku cuba nak rosakkan hubungan dia dengan perempuan tu..aku tak pernah jumpa lelaki yang perangai seteruk dia..biar la dia pergi..masa akan buat aku lupakan dia

2 Jul 2016

hati

assalammualaikum.... sebulan lebih dh berlalu sejak aku begelar single..dalam hati aku masih ada rindu pada dia..mungkin sebab aku ikhlas sayangkan dia..apa pon keburukkan dia aku boleh terima..aku paksa diri aku untuk benci dia..aku paksa diri aku untuk ingat semua benda buruk yang dia dah buat..tapi aku tak dapat nak benci dia..aku tahu, aku kena terima yang dia bukan jodoh aku..memang betul ke rasa sayang tu boleh di buang begitu cepat?? dia tinggalkan aku sebab dia sayang perempuan yang dia baru kenal tak sampai sebulan..kalau rasa sayang tu boleh di buang begitu cepat, kenapa aku tak boleh buang rasa sayang aku pada dia walaupun dia dah buat semua bnda tu...

28 Jun 2016

tak akan habis

assalammualaikum... rutin harian aku, bukak kedai dan check ape order harini..walaupon tak banyak tapi aku bersyukur dengan rezeki yg Allah bg..baru 2 bulan aku bukak perniagaan ni, memang banyak dugaannya..aku tak boleh mengalah..aku perlu usaha untuk majukan perniagaan aku ni..aku perlu buktikan yang aku memang boleh berjaya wlaupon dia tak ada..kalau dia ada pon, bukannya dia support apa yang aku buat..aku punya la fikir pasal masa depan kami..dia pulak dok fikir masa depan dia dgn orang lain..sakit memang sakit..tapi sakit tu yang akan buat aku kuat..aku masih lagi ingat dekat dia..orang kata masa akan ubat semua luka, masa juga yang akan buat aku lupa pada dia..sekarang ni fokus pada diri sendiri dan family..jodoh tu akan datang jugak nanti bila aku dah betol-betol bersedia...

27 Jun 2016

hujan...

assalammualaikum.. sekarang ni dh tinggal brape hari je nk abes puasa..puasa aku tahun ni penuh dgn dugaan..org yg aku percaya, khianati aku..syg yg aku bg kt die x cukup utk buat die stay dlm hidup aku..die curang..die yg kononnya pernah rasa d khianati, buat bnda yg sama kt aku..manusia mmg cepat berubah..aku terkilan sbb aku x tau apa yg buatkn hubungan kami jd mcm ni..alasan2 bodoh spt "suruh mak n ayah awk carikn jodoh utk awk", "sy x suka relationship jarak jauh, & "sy nk ada org yg ada kt dpn mata sy" tak cukup utk puaskan hati aku..die tinggalkan aku masa aku tengah berhempas pulas mulakan perniagaan aku..dia tinggalkan aku masa aku tgh susah..aku selalu ada utk bg sokongan kt die..tp bila aku perlukan semua tu, die tinggalkan aku..pada mulanya mmg aku x boleh terima..tapi sekarang ni aku redha..aku cuma boleh bersangka baik & serahkan semuanya pada Allah..die pon dh ckp "sy xkn balik kt awk"..die buat aku mcm patung yg xde prasaan..one day die akan rasa apa yg aku rasa